Qiran ialah berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram
Haji dan Umrah secara serentak) dari miqat-miqat yang ditetapkan
kemudian dia mengerjakan ibadat Umrah seterusnya kekal berada di dalam
keadaan berihram di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah, waktu Haji
lalu dia mengerjakan ibadat Haji kemudian bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat pada sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran secara berperingkat.

Qiran dinamakan sedemikian kerana ia bermaksud menyertakan bersama
iaitu menghimpunkan di antara Haji dan Umrah pada bulan-bulan Haji di
dalam satu perjalanan musafir serta menggunakan satu niat.
Allah s.w.t berfirman:
(إِنَّ
أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى
لِلْعَالَمِينَ * فِيهِ ءَايَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ
دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ
الْعَالَمِينَ).
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar